Senarai Nama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) Mengikut Tahun

2024 - Kini

Tn. Hj. Zulkefli Bin Abu Bakar

2006 - 2024

Tn. Hj. Baharom Bin Said

2001 - 2006

Allahyarham Tn. Hj. Zubir Bin Abu Bakar

1998 - 2001

Pn. E. Suhartiningsih N. NotoSudoma

1994 - 1998

Dr. Ibrahim Bin Hashim

Mengenai Kami
Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) merupakan salah satu daripada 16 Bahagian utama di bawah Pusat Perkhidmatan Universiti Islam Melaka (UNIMEL). HEPA menggalas tanggungjawab yang besar dalam pembangunan pelajar bagi memastikan UNIMEL melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. Di bawah pengurusan HEPA, terdapat tujuh unit utama yang berfungsi melaksanakan pelbagai program dan perkhidmatan pelajar iaitu:

1. Unit Aktiviti Pelajar
2. Unit Sukan, Rekreasi dan Ko-kurikulum
3. Unit Kebajikan Pelajar
4. Unit Sokongan Pelajar (Bimbingan & Kaunseling)
5. Unit Tatatertib
6. Unit Penemptan
7. Unit Kesihatan Pelajar

   HEPA mempunyai beberapa fasiliti antaranya Stadium Al-Tariq Ziyad, Kolej Kediaman, Bilik Sokongan Pelajar, Bilik MPP 1, Bilik Serbaguna 1 dan 2, Pusat Pelajar dan Klinik Kesihatan Pelajar. Fasiliti-fasiliti HEPA yang turut berfungsi sebagai ruang interaksi dan aktiviti komuniti pelajar ini disediakan bagi menyokong keperluan pelajar. (Untuk info lebih lanjut berkaitan fasiliti HEPA boleh rujuk di bahagian Fasiliti HEPA)

   Selain itu,  HEPA juga menawarkan pelbagai perkhidmatan pelajar termasuk Bantuan Pelajar, Insurans Pelajar Tempatan (Skim Perlindungan Kesihatan Pelajar), Jaringan Alumni, Bimbingan dan Kaunseling, Penempatan Pelajar, Aktiviti Pelajar, Tempahan Stadium, Fasiliti, Peralatan dan Kemudahan Sukan, Klinik Kesihatan Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).               Melalui pendekatan holistik ini, HEPA komited dalam memastikan setiap pelajar UNIMEL mendapat sokongan menyeluruh bagi mencapai kecemerlangan akademik, sahsiah dan kepimpinan sepanjang kehidupan kampus.                       
  • Melahirkan generasi Muslim yang berilmu dan bertaqwa melalui pemerkasaan aktiviti kepimpinan
  • Memperkasakan graduan yang bercirikan keusahawanan dan mempunyai tahap pencapaian akademik, merealisasikan potensi diri dan memiliki daya ketahanan diri
  • Menyelaraskan dan menyelia aktiviti pelajar
  • Menguruskan pengagihan sumbangan kebajikan kepada pelajar yang layak dan responsif kepada keperluan mahasiswa 
Stadium Al-Tariq Ziyad

Stadium turut digunakan sebagai tempat untuk melaksanakan aktiviti pelajar selain digunakan untuk bersukan. Pelajar, kakitangan atau pihak luar UNIMEL boleh membuat tempahan stadium dengan melengkapkan borang permohonan penggunaan kemudahan sukan yang boleh di muat turun dari laman web ini (Sila klik Muat turun-> Borang Aktiviti Sukan & Ko-kurikulum) beserta surat permohonan atau kelulusan program. Permohonan yang telah diisi borangnya berserta surat permohonan atau kelulusan program boleh dihantar ke kaunter HEPA atau melalui e-mel: hepa.unimel.edu.my. Namun, untuk makluman tempahan yang dibuat oleh pihak luar UNIMEL akan dikenakan caj bayaran. Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 7 hari (waktu bekerja) sebelum tarikh penggunaan kemudahan.

Gelanggang Serbaguna
Meja Ping-Pong
Trek Balapan
Gelanggang Bola Tampar

Dalam kawasan Kolej Kediaman Pelajar terdapat enam blok kolej kediaman yang ada dan sedia diguna pakai iaitu empat blok merupakan kolej kediaman untuk pelajar siswi (Blok A, B, C dan D) dan dua blok kolej kediaman untuk pelajar siswa (Blok G dan H) dan enam buah rumah Felo Kolej Kediaman. Kapasiti satu kolej kediaman boleh memuatkan sehingga lebih kurang 556 orang pelajar. Setiap kolej kediaman mempunyai lima pakej (pakej A1, B1, B2, C1 dan C2) bilik dengan harga yang berbeza atas faktor kapasiti pelajar yang boleh dimuatkan dan kemudahan yang disediakan. (Sila klik butang “pakej bilik” dibawah untuk info lebih lanjut berkaitan harga)

     Pakej A1 merupakan bilik dengan kemudahan tandas di dalam bilik. Pakej ini diutamakan kepada pemegang kad OKU dan terhad kepada satu bilik sahaja. Pakej B1 dan B2 turut menawarkan kemudahan tandas dalam. Namun, terhad kepada empat bilik dan 12 bilik masing-masing. Pakej B1 boleh menempatkan dua orang pelajar. Manakala, pakej B2 boleh menempatkan tiga orang pelajar. Akhir sekali, pakej C1 dan C2 tidak mempunyai kemudahan tandas dalam dan masing-masing terhad kepada 36 bilik dan 146 bilik. Pakej C1 boleh menempatkan dua orang pelajar di dalam satu bilik. Manakala, pakej C2 pula boleh menempatkan tiga orang pelajar.

Kolej Kediaman, Blok Siswi
Kolej Kediaman, Blok Siswa
Rumah Felo

Bilik Sokongan Pelajar terletak di dalam Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA). Bilik ini digunakan bagi menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling sama ada pelajar dirujuk oleh kakitangan UNIMEL atau pelajar dengan sukarela menetapkan janji temu untuk membuat sesi. Pelajar boleh membuat janji temu di bahagian perkhidmatan, klik janji temu sesi kaunseling di dalam laman ini. 

Bilik 1
Bilik 2

Bilik MPP 1 merupakan bilik yang terletak di aras 1, pusat pelajar. Bilik ini boleh digunakan oleh kakitangan mahupun pelajar untuk tujuan mesyuarat, perbincangan, perjumpaan atau aktiviti pelajar. Mana-mana pelajar atau kakitangan yang ingin menempah bilik ini hendaklah melalui HEPA. 

     Pelajar boleh membuat tempahan dengan mengisi dan menghantar borang kelulusan perjumpaan dan mesyuarat pelajar beserta surat permohonan daripada persatuan atau kelab kepada HEPA. Borang kelulusan perjumpaan dan mesyuarat pelajar ini boleh didapati di bahagian muat turun, borang aktiviti pelajar, sukan dan ko-kurikulum. 

      Manakala, kepada mana-mana kakitangan yang ingin membuat tempahan bilik ini pula perlu menghantar surat atau memo permohonan kepada e-mel hepa@unimel.edu.my. Permohonan yang lulus dan berjaya boleh mengambil kunci sehari sebelum tarikh program. Akhir sekali, pemulangan kunci bilik hendaklah dibuat sehari selepas program. Kelewatan pelajar dalam memulangkan kunci kepada pihak HEPA boleh dikenakan tindakan.

Bilik Mesyuarat

Bilik Serbaguna 1 dan 2 terletak di aras 1, Pusat Pelajar. Bilik ini di bawah jagaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Bilik ini boleh digunakan oleh pelajar untuk tujuan perjumpaan, mesyuarat dan aktiviti pelajar. Mana-mana pelajar yang ingin menempah bilik ini hendaklah mendapatkan kebenaran daripada MPP terlebih dahulu sebelum memohon kelulusan dengan pihak HEPA. Untuk kelulusan HEPA, pelajar perlu melengkapkan dan menghantar borang perjumpaan dan mesyuarat pelajar beserta surat permohonan daripada persatuan atau kelab.

Bilik Serbaguna 1
Bilik Serbaguna 2

Pusat Pelajar terletak di dalam kawasan Kolej Kediaman Pelajar. Pusat ini dilengkapi dengan kemudahan kedai serbaneka, kedai percetakan, dobi, kafetaria, surau lelaki, surau perempuan, tandas dan tandas OKU dan ruang gunasama (Bilik MPP 1, Bilik Serbaguna 1 dan 2). Kedai serbaneka di pusat pelajar ada menjual barang-barang keperluan pelajar seperti kelengkapan kebersihan, ubat-ubatan dan makanan segera. Perkhidmatan dobi di pusat pelajar pula ada penggiliran hari untuk pelajar siswa atau siswi gunakan. Perkhidmatan dobi di sini menggunakan token dan kad yang dibeli menggunakan mesin layan diri. Kelebihan menggunakan kad untuk perkhidmatan dobi pula boleh tambah nilai semula kad dobi. Seterusnya, waktu operasi kafetaria di sini adalah daripada hari Isnin hingga Ahad , jam 7.00 pagi sehingga 11.00 malam. (Waktu operasi kafetaria ini boleh berubah semasa cuti semester). 

Kedai Serbaneka & Percetakan
Dobi
Kafetaria
Surau Lelaki
Surau Perempuan
Tandas & Tandas OKU

Klinik Kesihatan Pelajar UNIMEL dilengkapi dengan kemudahan ubat-ubatan dan van ambulans yang digunakan bagi membawa pelajar ke hospital dalam situasi kecemasan. Kakitangan Klinik Kesihatan Pelajar pula terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat yang diiktiraf. (Untuk info lanjut berkaitan perkhidmatan Klinik Kesihatan Pelajar boleh rujuk di bahagian perkhidmatan dalam laman ini.)

Bantuan Yuran Pendidikan (Yuran Tertunggak)

Bantuan Yuran Pendidikan (Yuran Tertunggak) merujuk kepada bantuan kewangan yang disalurkan khusus untuk melunaskan bayaran yuran pengajian yang belum diselesaikan (tertunggak) oleh pelajar UNIMEL. Bantuan ini bersifat sekali beri (one-off).

Sehingga Tahun 2026
Jumlah Pelajar Lulus (Pelajar)
0
Jumlah Agihan (RM)
0

Bantuan Kupon Makan merujuk kepada inisiatif bantuan sosial atau kebajikan yang menyediakan kupon atau baucar bernilai tertentu kepada pelajar UNIMEL yang layak untuk digunakan sebagai ganti tunai bagi pembelian makanan asas atau hidangan siap. Bantuan ini bersifat sekali beri (one-off).

Sehingga Tahun 2025
Jumlah Pelajar Lulus (Pelajar)
0
Jumlah Agihan (RM)
0

Bantuan Wang Saku merujuk kepada pemberian sejumlah wang tunai secara langsung kepada pelajar UNIMEL untuk tujuan menampung kos sara hidup harian dan perbelanjaan peribadi sepanjang tempoh pengajian mereka.

Sehingga Tahun 2025
Jumlah Pelajar Lulus (Pelajar)
0
Jumlah Agihan (RM)
0
Memo Dalaman

Sila klik gambar untuk info lanjut

Segala info berkaitan makluman semasa berkaitan tarikh permohonan bantuan yuran atau kupon makan atau info-info lain yang dikeluarkan oleh Pihak HEPA akan dimaklumkan di sini.

Sila klik gambar untuk info lanjut

Borang boleh didapati di bahagian Muat Turun-Am/Umum